Mohon maaf selepas terima surat peguam?

Mohon maaf selepas terima surat peguam?

WOO KAH LEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tindakan Razman Zakaria yang memohon maaf kepada Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming berhubung kenyataan berunsur provokasi dalam isu kibaran bendera China di Menara Condong Teluk Intan, Oktober lalu mungkin disebabkan Pesuruhjaya Pas Perak itu menerima surat peguam.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong berkata, sedangkan semasa penggulungan beliau pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak minggu lalu, Razman masih tegas pertahankan semua tuduhannya berhubung insiden kibar bendera China.

Kah Leong yang juga ADUN Pasir Bedamar dan Exco kerajaan negeri berkata, tuduhan berkaitan isu kibar bendera China adalah fitnah yang bertubi-tubi, menggunakan retorik perkauman dan mencetuskan huru-hara, sedangkan Razman sudah beberapa kali kalah dalam kes saman fitnah.

“Semasa penggulungan sidang DUN minggu lalu, saya membangkitkan bahawa Razman tidak dapat bezakan antara Pesta Tanglung dengan perarakan tokong.

“Saya juga sempat mengajarnya tentang lumrah meletakkan gambar Yang Berhormat setempat dalam sepanduk, malah mengajarnya untuk bezakan antara bendera merah dengan China dan juga perbezaan maksud antara China dengan Cina.

“Namun Razman cuba bertindak hero dan tidak memohon maaf ketika itu malah cuba mengganggu penggulungan saya, namun akhirnya beliau memohon maaf juga pada hari ini (semalam).

“Mungkin beliau berbuat demikian selepas menerima surat peguam,” katanya kepada Utusan Malaysia.

 

RAZMAN ZAKARIA

Kelmarin, Razman memohon maaf kepada Kor Ming, yang juga Pengerusi DAP Perak berhubung kenyataannya yang berunsur provokasi dalam isu kibaran bendera China di Menara Condong Teluk Intan, Oktober lalu.

Razman berkata, kenyataan bertajuk ‘Siasat Tindakan Provokasi’ yang dikongsi di laman sosial Facebook kendalian Pas Perak pada 25 Oktober itu telah menggambarkan Pengerusi DAP Perak itu terbabit bersekongkol dengan peserta perhimpunan berkenaan.

Menurutnya, setelah penelitian daripada sumber maklumat yang betul, Kor Ming sama sekali tidak terlibat atau menyokong dalam program perarakan yang mencetuskan kontroversi itu.

“Saya mengaku bahawa dakwaan-dakwaan ini adalah tidak benar dan langsung tidak berasas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×