Tidak mudah pembangkang mahu tawan Pahang

Tidak mudah pembangkang mahu tawan Pahang

PEMBANGKANG dikatakan sukar untuk menumbang kerajaan kerajaan perpaduan di Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Barisan Nasional (BN) Pahang diyakini mampu mempertahankan rekod sebagai satu-satunya negeri yang belum pernah ditawan pembangkang sejak mentadbir negeri ini bermula pada Pilihan Raya Umum (PRU) pertama pada 1955.

Penganalisis politik, Dr. Che Hamdan Che Mohd. Razali berkata, melihat kepada kerjasama politik dari sudut aspirasi kerajaan perpaduan di peringkat Pusat, gabungan kerajaan negeri di Pahang ini dilihat stabil.

“Antara faktor utama adalah kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu menangani kuasa tawar menawar antara parti gabungan.

“Pada masa sama, mereka mempunyai ancaman dan bakal lawan yang sama iaitu Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Semalam, akhbar ini melaporkan, PN Pahang yakin mempertahan 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sedia ada dan menawan lima atau enam lagi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dan membentuk kerajaan negeri menggantikan BN.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul yang juga Ahli Jawatankuasa PN Pahang, Datuk Jasri Jamaluddin bagaimanapun enggan mendedahkan kerusi tersebut sebaliknya dilaporkan berkata, ia kawasan majoriti Melayu.

Che Hamdan berkata, BN Pahang juga dilihat mampu mengekalkan rekod pentadbiran di negeri ini sejak 1955 kerana mempunyai menteri besar yang menduduki kepe­mimpinan utama dalam parti di peringkat Pusat.

“Setakat ini, masalah antara parti-parti dalam kerajaan Pahang adalah minimum. Jika ia mampu dikekalkan, BN tiada masalah mempertahankan ne­geri itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×