KADA rugi RM9.4 juta padi tenggelam

KADA rugi RM9.4 juta padi tenggelam

KEADAAN padi yang rebah dan rosak selepas ditenggelami banjir di Kampung Jal, Kok Lanas, Ketereh, Kelantan. – UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) kerugian sebanyak RM9.4 juta selepas tanaman padi yang diusahakan dalam kawasan agensi itu ditenggelami banjir.

Pengurus Besarnya, Mohd. Faizul Mustafa berkata, kerugian tersebut adalah anggaran awal yang terpaksa ditanggung 764 pesawah melibatkan keluasan 1,609.76 hektar sawah.

“Kota Bharu Selatan mencatat­kan anggaran kerugian paling tinggi iaitu RM3.16 juta apabila 541 hektar petak sawah yang diusahakan oleh 244 petani ditenggelami banjir.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tumpat menduduki tangga kedua apabila merekodkan kerugian berjumlah RM1.59 juta yang melibatkan 123 petani mengusahakan 273 hektar petak sawah,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Mohd. Faizul berkata, lain-lain kawasan yang terjejas ialah Pasir Mas (RM1.23 juta), Kota Bharu Utara (RM1.22 juta), Bachok (1.2 juta) dan Pasir Puteh (RM982,800).

Katanya, KADA terus mela­kukan bancian untuk mendapatkan jumlah sebenar kerugian ditanggung pesawah di negeri ini.

“Kehilangan hasil ini memberikan kesan kepada KADA dan berusaha bagi memastikan rantaian makanan negara terus mencukupi,” ujarnya.

Terdahulu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mendedahkan, sektor pertanian negara mengalami kerugian RM16 juta akibat banjir yang sedang melanda beberapa negeri ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia melibatkan kerosakan tanaman padi, sayuran dan perikanan.

Menurutnya, jumlah itu di­jangka meningkat apabila bancian akhir dibuat selepas mendapat maklumat lengkap daripada semua agensi di bawah KPKM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini