Puluhan ribu protes di Georgia, PM tolak pilihan raya baharu

Puluhan ribu protes di Georgia, PM tolak pilihan raya baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TBILISI: Polis di Georgia melepaskan gas pemedih mata dan meriam air terhadap puluhan ribu penunjuk perasaan yang terlibat dalam protes pro-Kesatuan Eropah (EU) untuk hari keempat berturut-turut, ketika Perdana Menteri menolak desakan mengadakan pilihan raya baharu.

Negara Laut Hitam itu dilanda pergolakan sejak parti pemerintah Georgian Dream mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya parlimen pada 26 Oktober lalu, yang didakwa pembangkang pro-Eropah sebagai penipuan.

Pergolakan semakin mendalam sejak Perdana Menteri, Irakli Kobakhidze mengumumkan Georgia menangguhkan rundingan penyertaan dengan EU sehingga 2028, mencetuskan gelombang protes di ibu negara, Tbilisi, dan bandar lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pembangkang memboikot Parlimen baharu, manakala Presiden pro-EU, Salome Zurabishvili meminta mahkamah perlembagaan membatalkan keputusan pilihan raya, mengisytiharkan badan perundangan dan kerajaan baharu itu tidak sah.

Pengkritik menuduh parti pemerintah Georgian Dream, yang berkuasa selama lebih sedekad, menjauhkan negara daripada EU dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan mendekati Russia, dakwaan yang dinafikannya.

Kementerian Dalam Negeri berkata, kira-kira 150 penunjuk perasaan ditahan dalam gelombang protes terbaharu ini, manakala Persatuan Peguam Muda Georgia meletakkan jumlah itu pada 200 orang.

Polis dalam beberapa kejadian mengejar penunjuk perasaan di jalanan, memukul mereka dan melepaskan peluru getah serta gas pemedih mata.

Sambil mengibarkan bendera EU dan Georgia, puluhan ribu orang berkumpul di luar Parlimen pada petang semalam, menurut wartawan AFP.

Beberapa penunjuk perasaan melemparkan mercun dan batu ke arah polis rusuhan, manakalan yang lain mengetuk pintu logam yang menghalang pintu masuk ke Parlimen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN