APA jua hidangan bercitarasa Thai pasti menyelerakan tekak. Jika masih tiada idea mahu masak apa pada hujung minggu ini, jom cuba resipi ayam masak Thai.
Bahan-bahannya mudah sahaja dan paling penting, ia dapat disediakan dalam masa singkat.
Bahan-bahan:
-Ayam
-6 tangkai cili padi
-3 tangkai cili besar
-3 ulas bawang putih
-½ biji bawang besar
-Daun ketumbar
-2 batang serai
-Daun limau purut
-Sedikit air
-Sos tiram
-Sos thai
-Sos ikan
-Kiub ayam
-Gula dan garam secukupnya
-Air atau perahan limau nipis
-Tomato
Cara penyediaan:
-Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng seperti biasa sehingga masak dan toskan.
-Kisar kasar cili padi, cili besar, bawang putih, bawang besar dan daun ketumbar.
-Tumis bahan kisar menggunakan minyak yang sama. Masukkan serai, daun limau purut dan air. Tumis sehingga naik bau.
-Kemudian, masukkan sos tiram, sos cili thai atau sos cili. Kacau hingga sebati.
-Perasakan dengan sos ikan, kiub ayam, gula dan garam secukupnya. Letakkan juga sedikit air atau perahan limau nipis. Masak sehingga pecah minyak atau kuah sedikit kering.
-Akhir sekali, masukkan buah tomato dan kacau hingga sebati.
-Sedia untuk dihidang.










