Lelaki cedera kontena hempap forklift di terminal Pasir Panjang

Lelaki cedera kontena hempap forklift di terminal Pasir Panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang lelaki cedera selepas timbunan kontena penghantaran terjatuh, menghempap forklift yang dipandunya di Terminal 3 Pasir Panjang, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

PSA Singapura berkata, kejadian itu berlaku di kawasan kontena di Terminal 3 Pasir Panjang pada kira-kira pukul 6.40 pagi, lapor Channel News Asia (CNA).

Pengendali forklift berusia 37 tahun itu cedera dan dibawa dalam keadaan sedar ke Hospital Universiti Nasional, katanya.

“PSA menyediakan bantuan dan sokongan kepada pekerja yang cedera. Siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) memaklumkan kepada CNA, pekerja Malaysia tersebut merupakan PSA, sedang mengendalikan forklift ketika timbunan kontena kargo terjatuh ke atasnya.

“Beliau mengalami luka pada kepala dan badan selepas terjatuh dari kabin forklift dan dihantar ke Hospital Universiti Nasional untuk rawatan. Keadaannya kini stabil.

“Sebagai langkah keselamatan umum, kontena perlu disusun dengan betul mengikut corak diterima dan ketinggian maksimum yang dibenarkan untuk mengelakkan tumbang,” kata MOM.

Kementerian itu berkata, ia sedang menyiasat insiden tersebut dan mengarahkan PSA untuk menghentikan semua aktiviti pengendalian kontena kosong di tapak kejadian serta melaksanakan rehat keselamatan bagi operasi mereka.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata, pihaknya menerima panggilan meminta bantuan di 33 Harbour Drive kira-kira pukul 6.55 pagi Isnin.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu tersebar di media sosial, menunjukkan pengendali berkenaan mengangkat kontena menggunakan forklift.

Semasa forklift mengundur, timbunan lima kontena lain tumbang dan salah satu kontena tersebut jatuh menghempap kabin forklift, menyebabkan pemandu tercampak dari kenderaannya.– CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN