Lebih 70 peratus korban perang Gaza adalah wanita,kanak-kanak

Lebih 70 peratus korban perang Gaza adalah wanita, kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Lebih 70 peratus korban perang yang direkodkan di Gaza adalah wanita dan kanak-kanak, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB (OHCHR) mengecam jumlah tinggi orang awam yang terkorban dalam perang di Gaza, menegaskan analisisnya menunjukkan hampir 70 peratus daripada mangsa yang disahkan dalam tempoh enam bulan adalah wanita dan kanak-kanak.

Dalam satu kenyataan yang disertakan dengan laporan setebal 32 muka surat, agensi itu berkata, jumlah yang tinggi itu sebahagian besarnya disebabkan oleh penggunaan senjata Israel dengan kesan kawasan yang luas di lokasi berpenduduk padat sementara hanya sedikit berpunca daripada peluru sesat oleh kumpulan bersenjata Palestin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Laporan itu mengesan tahap pelanggaran undang-undang antarabangsa yang belum pernah berlaku sebelum ini, menimbulkan kebimbangan mengenai jenayah perang dan kemungkinan jenayah kekejaman lain.

Badan itu turut mengesahkan butiran 8,119 orang yang terbunuh di Gaza dari November 2023 hingga April 2024.

Analisisnya mendapati sekitar 44 peratus daripada mangsa yang disahkan adalah kanak-kanak dan 26 peratus adalah wanita.

Umur yang paling banyak diwakili dalam kalangan mangsa yang maut itu ialah sekitar lima hingga sembilan tahun.

“Kira-kira 80 peratus mangsa terbunuh di bangunan kediaman atau perumahan.

“Data itu menunjukkan ketidakpedulian yang jelas terhadap kematian orang awam dan kesan buruk terhadap cara dan kaedah peperangan yang digunakan Israel,” jelasnya.

Mangsa termuda yang kematiannya telah disahkan oleh pemantau PBB ialah seorang bayi lelaki berusia sehari dan yang tertua ialah seorang wanita berusia 97 tahun, menurut laporan tersebut.

Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk dalam satu kenyataan berkata, tahap pembunuhan dan kecederaan orang awam yang belum pernah berlaku sebelum ini adalah akibat langsung daripada kegagalan untuk mematuhi prinsip asas undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Beliau memetik undang-undang yang memerlukan pihak berperang untuk membezakan antara pejuang dan orang awam serta perkadaran melarang serangan di mana bahaya kepada orang awam mengatasi kelebihan ketenteraan, selain langkah berjaga-jaga dalam serangan.

Turk menggesa pegadilan sewajarnya berkenaan dengan dakwaan pelanggaran serius undang-undang antarabangsa itu.

“Adalah penting untuk memastikan bahawa tuduhan pelanggaran serius undang-undang antarabangsa diadili melalui badan kehakiman yang boleh dipercayai dan tidak berat sebelah.

“Pada masa sama, semua maklumat dan bukti yang berkaitan perlu dikumpul dan disimpan,” katanya.

Misi diplomatik Israel ke PBB di Geneva menyatakan ia secara tegas menolak laporan tersebut, mendakwa Hamas sengaja bersembunyi dalam kalangan orang awam dan menggunakan mereka sebagai perisai manusia.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN