AMSTERDAM: Polis Belanda menahan 57 orang di tengah Amsterdam selepas pertempuran tercetus melibatkan anak muda tempatan dan penyokong bola sepak Israel.
Perdana Menteri, Dick Schoof mengecam serangan antisemitik dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, dua pesawat penyelamat dihantar ke Amsterdam selepas apa yang disifatkan oleh tentera Israel sebagai ‘insiden teruk dan ganas terhadap warga Israel’.
Seorang jurucakap polis memberitahu media Belanda, pergelutan berlaku di sekitar Dam Square di ibu negara, tetapi tidak menyatakan siapa yang terlibat.
Penyokong kelab Israel, Maccabi Tel Aviv terbang ke Amsterdam untuk perlawanan Piala Europa menentang Ajax.
Tangkapan dan kekecohan di Dam Square berlaku menjelang perlawanan yang melibatkan penyokong Maccabi dan penunjuk perasaan pro-Palestin.
Terdapat laporan penyokong membakar bunga api dan menurunkan bendera Palestin di jalan berhampiran.
Tetapi pergaduhan memuncak selepas perlawanan itu.
Polis berkata tidak jelas siapa yang mengambil bahagian dalam rusuhan itu, memberitahu media tempatan bahawa mereka yang terlibat memakai pakaian gelap.-AGENSI











