Serangan bom tangan sasar kedutaan Israel di Denmark

Serangan bom tangan sasar kedutaan Israel di Denmark

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Kedutaan Israel di Denmark berkemungkinan menjadi sasaran bom tangan yang dilemparkan berhampiran bulan lalu, berdasarkan prapendakwaan suspek dua remaja yang ditahan dalam kes itu.

Menurut laporan media Denmark, dua warga Sweden berusia 17 dan 19 tahun berdepan dakwaan di Copenhagen, dengan hakim memerintahkan penahanan mereka dilanjutkan selama 20 hari lagi.

Berdasarkan siasatan, tertuduh disyaki melanggar undang-undang antikeganasan dengan melempar bom tangan ke arah kedutaan Israel di Denmark pada 2 Oktober lepas, lapor agensi berita Ritzau.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bom tangan tersebut mendarat di teres sebuah rumah bersebelahan dengan kedutaan dan meletup, tetapi tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

Dua suspek yang ditangkap di stesen kereta api Copenhagen beberapa jam kemudiaan pada awalnya disyaki melanggar undang-undang senjata api.

Mereka dituduh atas kesalahan keganasan dan polis, yang menangkap seorang lelaki berusia 50-an berkaitan kes itu, turut mengesan rakan jenayah lain.

“Tidak masuk akal untuk membayangkan ini adalah perbuatan yang mereka lakukan sendiri. Mesti akan rakan jenayah lain,” kata pendakwa raya, Soren Harbo pada permulaan perbicaraan.

Bagaimanapun, tertuduh menafikan perkara itu.

Kes itu berlaku di tengah ketegangan memuncak di Asia Barat, dengan konflik di Gaza serta Lubnan, dan peningkatan keganasan kumpulan samsemg Denmark, yang disyaki merekrut remaja bawah umur dari Sweden.– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN