Askar Korea Utara bertempur dengan tentera Ukraine

Askar Korea Utara bertempur dengan tentera Ukraine

GAMBAR dikeluarkan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) menunjukkan tentera Korea Utara mengambil bahagian dalam latihan di pangkalan operasi khas yang tidak didedahkan lokasi.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Askar Korea Utara terlibat dalam pertempuran dengan tentera Ukraine buat kali pertama di Kursk, Russia.

Dua pegawai Amerika Syarikat (AS) yang tidak dinamakan mendakwa, pasukan tentera Pyongyang terlibat dalam pertempuran pada 4 November lalu.

Pegawai berkenaan tidak menyebut sama ada terdapat sebarang korban di pihak Korea Utara, termasuk memberikan butiran lanjut mengenai pertempuran itu.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, pertempuran pertama antara tentera Ukraine dan Korea Utara membuka lembaran baharu ketidakstabilan dunia, selepas menteri pertahanannya mengesahkan satu pertempuran kecil berlaku.

Dalam wawancara dengan televisyen Korea Selatan, Menteri Pertahanan Ukraine, Rustem Umerov mengesahkan mengenai pertempuran pertama berlaku dengan tentera Korea Utara.

Ia dianggap peningkatan baharu dalam konflik yang bermula sejak Rusia menceroboh Ukraine pada 2022.

Awal minggu ini, Pentagon menyatakan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 10,000 tentera Korea Utara di Kursk, sambil menambah antara 11,000 hingga 12,000 tentera berada di Rusia keseluruhannya.- REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×