Dua warga China cedera ditembak di Karachi

Dua warga China cedera ditembak di Karachi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Dua warga China cedera akibat ditembak di hab komersial Pakistan di Karachi, hari ini.

Kejadian berlaku selepas beberapa siri serangan yang mendorong Beijing menuntut keselamatan lebih ketat untuk rakyatnya.

Pegawai kanan polis, Faizan Ali mengesahkan dua warga China ditembak, tetapi tidak memberikan maklumat lanjut.

Jurucakap Hospital Nasional Liaquat di bandar pelabuhan selatan berkata, ia kini merawat kedua-dua mangsa, dengan seorang daripadanya dilaporkan parah.

Bagaimanapun, tidak jelas pihak yang bertanggungjawab atau jika wujud keganasan militan di sebalik serangan itu, sehingga mendorong Beijing menuntut langkah keselamatan lebih ketat untuk rakyatnya.

Oktober lalu, satu letupan berhampiran lapangan terbang antarabangsa Karachi mengorbankan dua jurutera China, dalam serangan yang didakwa oleh kumpulan militan pemisah, Tentera Pembebasan Baloch (BLA).

Pemberontakan selama beberapa dekad di wilayah barat daya oleh puak pemisah yang menuntut bahagian dalam sumber kawasan kawasan itu, membawa kepada serangan terhadap kerajaan, tentera dan kepentingan China.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×