Ahli Dewan dijangka ‘tuntut’ penjelasan

Ahli Dewan dijangka ‘tuntut’ penjelasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini dijangka menyaksikan Ahli-ahli Parlimen menuntut penjelasan mengenai kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta dalam FashionValet.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Dr. Jeniri Amir berkata, pembangkang mahupun penyokong kerajaan akan menggesa supaya penjelasan dibuat mengenai kerugian dihadapi Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Kata beliau, persidangan Dewan Rakyat merupakan platform yang sesuai untuk kerajaan memberi penjelasan mengenai kerugian pelaburan itu memandangkan ia melibatkan kepentingan rakyat.

“Perkara itu akan dibangkitkan kerana dengan jumlah kerugian yang besar itu, saya percaya bahawa ahli-ahli Parlimen akan membangkitkan dalam sidang esok (hari ini) mengenai bagaimana dengan mudah dana pelaburan diberi kepada FashionValet.

“Jadi perkara ini perlu dibangkitkan dan dibahaskan, ini supaya kerugian seperti ini tidak berulang lagi pada masa hadapan selain mengenalpasti apakah punca sebenar, adakah terdapat salah guna kuasa dan sebagainya,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi, di sini.

Kelmarin, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan siasatan sedang berjalan berhubung kerugian yang dialami Khazanah dan PNB daripada pelaburan mereka dalam FashionValet. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×