Bagnaia tawan GP Malaysia, gelaran juara dunia masih terbuka

Bagnaia tawan GP Malaysia, gelaran juara dunia masih terbuka

Pelumba pasukan Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia menjuarai perlumbaan Grand Prix Malaysia Petronas 2024 di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Memuatkan artikel berkaitan…
SEPANG: Francesco Bagnaia muncul juara Grand Prix Malaysia Petronas 2024 dalam kategori MotoGP selepas menghabiskan pertarungan hebat dengan pendahulu perlumbaan Jorge Martin sekali gus mengheret kedua-duanya ke akhir musim untuk merebut gelaran dunia.
Pelumba Ducati Lenovo Team itu mencatat masa terpantas 38 minit 04.563 saat (s) untuk mengungguli saingan manakala Martin terpaksa berpuas hati di tangga kedua selepas mencipta masa 38: 07.704s.
Rakan sepasukan Bagnaia atau lebih mesra dengan panggilan Pecco, Enea Bastianini menamatkan aksinya di tempat ketiga dengan lakaran masa 38:15.047s dan wakil dari Itali itu juga merupakan pemenang GP Malaysia tahun lalu.
Bagaimanapun, aksi kelas utama itu tertunda seketika selepas tiga pelumba iaitu Jack Miller, Brad Binder dan Fabio Quartararo terbabit dalam kemalangan di selekoh dua sebaik perlumbaan bermula. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini