Kepentingan penelitian setiap sudut dalam rakaman

Kepentingan penelitian setiap sudut dalam rakaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Fotografi adalah seni yang memerlukan ketelitian dan sensitiviti tinggi, terutama dalam setiap peringkat rakaman imej.

Setiap elemen seperti sudut, pencahayaan, dan fokus memainkan peranan penting dalam menghasilkan gambar yang bukan sahaja berinformasi, tetapi berupaya menyampaikan mesej mendalam.

Setiap imej yang dirakam membawa cerita tersendiri, dan sensitiviti jurufoto dalam mengendalikan sudut produk akan mempengaruhi bagaimana imej tersebut diterjemahkan kepada penonton.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam rakaman produk, pemerhatian teliti amat diperlukan. Menurut jurufoto, Adam Zulkarnain Zulfiflie, memahami elemen visual produk tersebut dan mengenal pasti sudut yang mampu menonjolkan ciri-ciri produk dengan lebih efektif akan membantu jurufoto menentukan pencahayaan yang tepat.

Sebagai contoh, bagi produk elektronik yang mempunyai paparan LCD, sudut rakaman tepat mampu memaparkan skrin tersebut dengan jelas.

Ini bukan sahaja untuk menunjukkan fungsi LCD, tetapi juga membolehkan pengguna memahami ciri-ciri teknikal seperti tetapan kelajuan, mod operasi atau apa sahaja maklumat yang dipaparkan di skrin.

Pencahayaan pula adalah elemen penting yang memberi impak besar terhadap kualiti imej. Jurufoto perlu memilih pencahayaan yang sesuai untuk mengelakkan bayang-bayang yang boleh mengganggu pandangan terhadap butiran produk.

Kadangkala, jurufoto akan menggunakan teknik pencahayaan lembut atau keras bergantung kepada mesej yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, cahaya yang lembut sering digunakan untuk memberi kesan mewah dan elegan, manakala cahaya keras membantu menonjolkan struktur atau tekstur produk.

Fokus yang tepat juga menjadi aspek kritikal dalam setiap rakaman. Setiap butang, kontur atau permukaan produk harus diperlihatkan dengan jelas.

Fokus yang sempurna membolehkan pengguna melihat setiap butiran kecil pada produk, menjadikan mereka lebih yakin terhadap kehalusan dan kualiti produk tersebut.

Secara keseluruhannya, sensitiviti jurufoto terhadap setiap aspek dalam proses rakaman gambar memainkan peranan besar dalam menghasilkan imej yang menarik, berinformasi, dan berkesan.

-Pensyarah kanan Jabatan Fotografi dan Pengimejan Kreatif Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM, Perak

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini