Peniaga di India suka ludah dalam makanan akan didenda

Peniaga di India suka ludah dalam makanan akan didenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Dua negeri di India yang ditadbir oleh Parti Bharatiya Janata (BJP) mengumumkan rancangan untuk mengenakan denda dan hukuman penjara terhadap mereka yang mencemarkan makanan dengan air liur, air kencing atau kotoran.

Negeri utara Uttarakhand bakal menguatkuasakan bayaran denda sehingga 100,000 rupee (RM5,185) terhadap pesalah, manakala Uttar Pradesh pula akan memperkenalkan undang-undang ketat bagi menangani isu tersebut.

Arahan kerajaan itu susulan video yang tidak disahkan beredar dalam media sosial, memaparkan penjual makanan meludah ke dalam makanan di gerai dan restoran tempatan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebuah video lain pula menunjukkan seorang pembantu rumah mencampurkan air kencing ke dalam makanan yang sedang disediakan.

Walaupun video itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna yang prihatin tentang keselamatan makanan di negeri-negeri tersebut, beberapa video juga menjadi sasaran kempen menyalahkan umat Islam, yang kemudian dinafikan oleh laman web pemeriksa fakta.

Ramai pengguna media sosial menuduh wanita yang mencampurkan air kencing ke dalam makanan itu sebagai seorang Islam, namun pihak polis kemudian mengenal pasti pelaku beragama Hindu.

Menurut pegawai, undang-undang ketat ini diperlukan untuk menghalang orang ramai daripada melakukan amalan tidak bersih dalam penyediaan makanan.

Bagaimanapun, pemimpin pembangkang dan pakar undang-undang mempersoalkan keberkesanan undang-undang itu serta mendakwa ia berpotensi disalahgunakan untuk memburukkan komuniti tertentu.

Makanan dan tabiat pemakanan adalah subjek sensitif di India yang kaya dengan kepelbagaian budaya, kerana aspek ini berkait rapat agama serta sistem kasta hierarki negara itu.

Oleh itu, konsep ‘keselamatan makanan’ turut menjadi isu yang sering dikaitkan dengan agama dan kadangkala digunakan untuk mengaitkan motif dalam insiden pencemaran makanan.

Keselamatan makanan juga menjadi kebimbangan utama di India, dengan Pihak Berkuasa Keselamatan dan Piawaian Makanan (FSSAI) menganggarkan makanan yang tidak selamat menyebabkan 600 juta jangkitan dan 400,000 kematian setiap tahun.– BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini