Australia semak 66 permit eksport ketenteraan ke Israel

Australia semak 66 permit eksport ketenteraan ke Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CANBERRA: Australia kini menyemak 66 permit eksport ketenteraan yang diluluskan untuk Israel sebelum pencerobohan Gaza tahun lalu, lapor The Guardian memetik sumber Kementerian Pertahanan.

Permit ini dinilai satu persatu oleh Jabatan Pertahanan supaya selaras dengan dasar Australia, termasuk berkaitan hak asasi manusia.

“Susulan perkembangan di Asia Barat, Australia terus meneliti permit eksport sedia ada kepada Israel untuk memastikan ia sejajar dengan pendekatan kami yang teliti,” lapor akhbar itu, memetik jurucakap pertahanan yang tidak dinamakan.

Semakan ini dilakukan selepas permohonan daripada Pusat Keadilan Antarabangsa Australia kepada Menteri Pertahanan, Richard Marles pada April lalu, yang meminta pembatalan semua permit eksport semasa ke Tel Aviv dan negara lain yang mungkin akan membekalkan kepada Israel.

Canberra berulang kali menegaskan ia tidak membekalkan senjata atau peluru kepada Israel sejak perang meletus, dan terus mengekalkan pendirian tersebut.

Bagaimanapun, kerajaan Persekutuan dikritik kerana tidak telus dalam menjelaskan setiap permit itu.

Canberra juga mempertahankan bekalan komponen untuk rantaian bekalan

Canberra juga mempertahankan pembekalan komponen untuk rantaian bekalan global bagi pesawat pejuang F-35.

Israel menggunakan pesawat F-35 di Gaza, di mana lebih daripada 42,000 orang dibunuh sejak serangan rentas sempadan Hamas dan menyebabkan kawasan tersebut musnah.

Menurut Kementerian Pertahanan, Australia bukan pengeksport pertahanan utama kepada Israel, tetapi permit diperlukan untuk pelbagai barangan, termasuk peralatan IT, perisian, radio, komponen elektronik dan barang dwi-kegunaan.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×