Gaya longgar kian digemari - Utusan Malaysia

Gaya longgar kian digemari

LEHER bulat dan butang di bahagian depan memberi sentuhan klasik yang memudahkan gaya kasual tapi tetap kemas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Wanita kita terkenal dengan gaya effortless tapi tetap chic. Salah satu pengayaan yang sering menjadi pilihan adalah baju longgar yang bukan sahaja selesa, tapi mudah digayakan. Kali ini, ingin saya memperkenalkan koleksi terbaru yang cukup on-trend iaitu LA FAVELA Collection dari Kita Studio.

Koleksi ini hadir dalam lima motif memukau dan apa yang paling menarik, ia adalah baju harian yang sempurna untuk menambah seri pada wardrobemu.

Potongan oversized ini boleh dipadankan dengan skinny jeans.

Sama ada dirimu keluar dengan kawan atau sekadar lepak di hujung minggu, baju ini adalah jawapan untuk semua. Free size (Fits XS – L), baju ini dibuat daripada 100 peratus lightweight polyester yang ringan dan selesa. Dengan potongan oversized yang santai, ia memberimu ruang untuk bergerak dengan bebas dan rasa selesa sepanjang hari.

Leher bulat dan butang di bahagian depan memberi sentuhan klasik yang memudahkan gaya kasual tapi tetap kemas.

Bonus paling best adalah poket depan tersembunyi di kedua-dua belah sisi, practical dan stylish.

Baju ini juga hadir dengan bukaan di bahagian tepi yang melengkung, memberi sedikit twist pada potongan longgar yang biasa.

Bagi yang bertubuh slim, dirimu boleh pergi all-out dengan potongan ini.

Tidak kisah akan bentuk badanmu, berikut adalah tips styling untuk baju loose LA FAVELA ini, khas untuk tiga jenis bentuk badan:

TUBUH PETITE
Potongan oversized ini boleh dipadankan dengan skinny jeans atau seluar high-waisted untuk menambah ilusi ketinggian. Satu lagi trick mudah, tuck in sedikit di bahagian depan untuk lebih kemas, tapi biarkan belakangnya lepas untuk vibe santai. Pilih kasut tumit rendah atau wedges untuk tambah ketinggian tanpa terlalu mencuba.

TUBUH CURVY
Busna ini tepat untuk memberi keselesaan tanpa kompromi pada gaya. Padankan dengan seluar atau skirt A-line untuk mengimbangkan bahagian atas dan bawah badan. Boleh juga gayakan belt di pinggang untuk menonjolkan bentuk badanmu sambil mengekalkan gaya loose. Kasut flat atau sandal dengan tali minimal akan melengkapkan gaya chic yang effortless.

TUBUH SLIM
Bagi yang bertubuh slim, dirimu boleh pergi all-out dengan potongan ini. Untuk pengayaan yang edgy, padankan dengan seluar wide-leg atau palazzo dan biarkan baju terjatuh dengan semula jadi. Kalau mahukan look yang lebih polished, masukkan baju sepenuhnya dalam skirt pensel atau seluar tailored. Kasut sneakers atau ankle boots akan meberikan gaya kasual yang urban dan cool.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN