Kepura-puraan yang benar Di Sebalik Topeng

Kepura-puraan yang benar Di Sebalik Topeng

FAUZIAH Ahmad Daud bersama barisan pelakon, pengarah dan penulis skrip Di Sebalik Topeng dan wakil Dewan Bahasa dan Pustaka dalam sidang akhbar di ibu negara baru-baru ini. – mingguan/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Di Sebalik Topeng merupakan naskhah yang berat tetapi membuka cerita realiti dalam masyarakat kita.

Namun bagi Fauziah Ahmad Daud, biar lah isu masyarakat yang diangkat untuk dijadikan tema penceritaan yang original lain daripada yang lain dan jujur.

Barangkali benar, Di Sebalik Topeng bukan bermaksud cerita manusia secara fizikalnya memakai topeng melitup muka tetapi sebuah kisah pelbagai watak yang biasa dan menderita berpunca daripada desakan hidup dan keperluan peribadi.

Pengarahnya, Zainorhisyam Samudin berkata, teater ini menggunakan latar belakang sesi terapi sebagai medan untuk menyingkap kisah setiap watak yang penuh dengan rahsia.

Katanya, Di sebalik Topeng membawa penonton menyelami dunia terapi kumpulan yang penuh dengan rahsia, kesakitan, dan penebusan

“Di sebalik cerita ini adalah seorang wanita yang menderita masalah kesihatan mental,” ujarnya.

Dalam sesi terapi tersebut, dia tidak bersendirian tetapi turut serta dalam kumpulan tersebut adalah individu-individu lain yang membawa beban hidup masing-masing. Individu yang cuba melarikan diri daripada bayang bayang masa silam.

Sepanjang sesi tersebut, topeng-topeng yang dipakai setia watak mula tertanggal.

Mereka mula berkongsi kisah hidup yang tersembunyi, meluahkan perasaan yang terpendam dan mengakui kesilapan yang menghantui mereka.

Dipentaskan di Store Dewan Bahasa dan Pustaka pada naskhah hasil garapan skrip Azhar Jali dan Sobri Anuar Tarmizi itu menyelongkar sikap masyarakat yang memang hidup ‘bertopeng dilakonkan oleh Fauziah Ahmad Daud, Rayden Ahmad, Luqman Moqri Leesha MK, Nor Azila Ard Omar dan pelakon berbakat besar, Gibran Agi.

Ada pelbagai watak dalam naskhah tersebut iaitu pesakit mental, kaunselor, narcissist, pedagang manusia, scammer, mangsa keganasan rumah tangga dan penagih dadah.

Cabaran menanti mereka kerana naskhah berat dengan tema cerita sebegini mencabar apatah lagi ada segmen memerlukan monolog dalam menyampaikan mesej.

Menurut jalan cerita yang dikongsikan salah seorang penulis skripnya, antara netizen dan artis netizen berhadap dengan manusia yang personaliti pertembungan segala perkara dalam berlaku menyebabkan kesan nyata dalam individu yang melalui masalah .

Salah seorang penulisnya, Sobri berkata, pihaknya cuba menghasilkan sesuatu yang lain daripada lain kerana katanya ada banyak tema atau isu lain yang boleh diangkat ke pentas teater seperti naskhah klasik tetapi mereka ingin mencuba sesuatu yang baharu.

“Ketika Kak Ogy (Fauziah Ahmad Daud) menghubungi saya supaya menghasilkan tema lain daripada yang lain, organik, eksperimental, ia satu perkara berat,” ujarnya dalam sidang akhbar teater Di Sebalik Topeng di ibu negara, baru-baru ini.

Hasil perbincangan kemudiannya menghasilkan satu naskhah yang membawa isu kemanusiaan, membicarakan persoalan masyarakat Malaysia yang berdepan pelbagai isu yang bukan untuk disorok di bawah permaidani

Konflik dan ketegangan yang muncul dalam sesi terapi ini mendedahkan kerapuhan dan kekuatan manusia. Menunjukkan bagaimana setiap individu walaupun terperangkap dalam dosa dan kesakitan, masih mencari cahaya dan pengharapan.

Di sebalik topeng adalah eksplorasi mendalam tentang identiti penebusan dan hakikat manusia yang sering menyembunyikan sisi gelap di sebalik wajah yang kelihatan sempurna. Persembahan ini memaksa penonton untuk berhadapan dengan realiti kehidupan yang penuh cabaran di mana setiap orang memiliki cerita dan rahsia yang disimpan di sebalik topeng yang mereka pakai.

Mampukah mereka melepaskan diri di sebalik kegelapan itu, atau akan terperangkap di dalamnya?

Dalam pada itu Azhar berkata, Di sebalik Topeng mengangkat isu berat tetapi dipandang remeh oleh masyarakat seolah-olah jadi normalilsasi ketika ini, sedangkan masyarakat perlu mengambil serius kejadian dalam kalangan mereka seperti keganasan rumah tangga dan pesakit mental dan tingkah laku netizen.

Diharap ini teater itu bukan sekadar naskhah khutbah di mimbar nasihat atau mencari jalan penyelesaian tetapi mencetuskan kesedaran.

Azhar berkata, semua isu tersebut menjadi suatu realiti pada hari ini tetapi dipandang ringan.

“Saya percaya isunya berat tetapi dipandang remeh walaupun seolah-olah menjadi suatu (persoalan) yang normal,” ujarnya,

Teater yang diterbitkan Ogy Ventures & Network Sdn. Bhd. mililk Fauziah dan turut mendapat kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka

Apabila ditanya kenapa menggunakan tajuk Di Sebalik Topeng Fauziah memberitahu Mingguan Malaysia , memang kehidupan manusia ketika ini seolah -olah mereka sedang memakai topeng.

Selain watak watak yang disebuitkan itu pemegang watak tersebut, beberapa anak murid Ogy juga berlakon sebagai netizen.

“ Ini adalah satu naskhah yang jujur, (dan) bagaimana netizen menjahanamkan hidup seseorang, “ ujarnya.

Mampukah Di Sebalik Topeng menjadi satu kisah misteri di sebalik watak yang pelbagai dan mencetuskan intrig dalam kalangan masyarakat. Masyarakat perlu membantu mereka yang menghadapi masalah dan bukannya menghukum.

Teater ini bakal menemui penonton pada 19 dan 20 Oktober ini. Mereka yang berminat tiket kini dijual pada harga RM54, RM104, dan RM154, dan boleh didapati melalui www.iLassoTickets.com. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×