9 pengawal awam maut diserang lelaki bersenjata Nigeria

9 pengawal awam maut diserang lelaki bersenjata Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABUJA: Sekurang-kurangnya sembilan anggota keselamatan wilayah yang berkawal dalam komuniti tempatan baru-baru ini, terbunuh dalam serangan hendap kumpulan bersenjata di negeri Zamfara, barat laut Nigeria.

Gabenor Zamfara, Dauda Lawal berkata, pengawal awam yang beroperasi di bawah skim Pengawal Perlindungan Komuniti negeri itu ditembak mati oleh lelaki bersenjata.

Beliau dalam kenyataan semalam berkata, kumpulan tersebut melancarkan serangan hendap terhadap pengawal terbabit di pusat pemeriksaan keselamatan di pinggir Tsafe, sebuah di kawasan kerajaan tempatan Tsafe, pada Isnin.

“Serangan hendap penyamun terhadap pengawal kami adalah tindakan pengecut, kerana mereka bertempiaran lari akibat serangan berterusan daripada tentera di seluruh negeri,” kata Lawal mengenai insiden itu.

Beliau turut menyebut mengenai kecederaan yang dialami oleh pengawal keselamatan lain dalam serangan itu, tetapi tidak menyatakan angka rasmi jumlah mangsa cedera.- XINHUA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×