Tudung Sebawang tampil idea 5 gaya - Utusan Malaysia

Tudung Sebawang tampil idea 5 gaya

Jenama tudung Sebawang menampilkan ilham praktikal tetapi pada masa sama tetap mengekalkan keanggunan wanita.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIAPA yang pernah memakai tudung sarung, tahu senang menggayakannya. Tak sampai lima saat! Tetapi ada kalanya, tudung instant atau segera ini jika hanya dipakai dengan satu gaya, pasti kelihatan seperti lebih berusia dari usia sebenar. Jenama tudung Sebawang menampilkan ilham praktikal tetapi pada masa sama tetap mengekalkan keanggunan wanita. Pengurus Kewangan Sebawang

Malaysia, Nurul Nabilah Hazwani Mohd. Saiful berkata, tudung ditawarkan menjimatkan masa wanita bersiap kerana pinless, ironless dan awning yang mudah dibentuk. Ia diperbuat daripada fabri berkualiti dan sejuk.

“Lima gaya ringkas kami kongsikan bersama Seri membantu wanita kelihatan cantik dan tertib apabila dipakai ke mana sahaja terutama ke bazar Ramadan, surau, masjid, klinik dan semestinya ke pejabat,” katanya.

5 GAYA:
#1 sopan

Sarung dan kemaskan sahaja. Jika ingin lebih bergaya, boleh pinkan di atas bahu atau di depan sebagai tambahan aksesori. Gaya ini sesuai bagi yang ingin tampil sopan dan bersederhana.

#2 tudung bawal
Bawa atau tarik bahagian tengah tudung ke atas bahu dan pinkan. Kemaskan untuk kelihatan terletak. Gaya ini tampak lebih bergaya seakan memakai selendang.

#3 ringkas
Menggunakan cincin tudung, sarungkan cincin pada bahagian tengah tudung. Suaikan gaya ikut aktiviti seperti beriadah atau bersantai.

#4 Syria
Penggemar tudung gaya Syria boleh cuba cara ini. Pakai inner atau anak tudung yang sama warna tudung atau mengikut pilihan warna yang disukai. Sarungkan tudung, bawa atau tarik ke belakang sehingga nampak anak tudung. Kemaskan dengan pin atau tambahkan aksesori digemari.

Kemas.

#5 pin belakang
Tidak mahu kelihatan seperti tudung sarung? Mudah saja, hanya bawa atau tarikkan semua bahagian hadapan tudung ke belakang dan pinkan. Pastikan tudung belakang kemas. Gaya ini sesuai untuk wanita yang ingin tampil dengan gaya tudung bawal walaupun memakai tudung sarung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN