Russia tawan pekan Vuhledar - Utusan Malaysia

Russia tawan pekan Vuhledar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Tentera Russia menawan pekan Vuhledar di timur Ukraine, selepas serangan sengit sejak Moscow melancarkan serangan besar-besaran pada 2022.

Kemaraan tentera Moscow itu dilaporkan ketika Ukraine merayu untuk mendapatkan lebih banyak senjata daripada sekutu Barat yang menyokongnya.

Komando tentera timur Ukraine berkata, pasukannya sudah berundur dari bandar perlombongan arang batu di puncak bukit untuk mengelak dikepung oleh tentera Russia dan melindungi kakitangan serta peralatan ketenteraan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kementerian pertahanan Russia tidak menyebut tentang Vuhledar dalam laporan medan perang hariannya tetapi saluran Telegram negara itu menerbitkan video tentera mengibarkan bendera tiga warna Russia di atas bangunan yang musnah.

Pekan itu, yang mempunyai lebih 14,000 penduduk sebelum perang, musnah teruk dengan bangunan pangsapuri era Soviet hampir diratakan.

Akhbar Moskovsky Komsomolets melaporkan, tentera Ukraine terakhir dari Briged Mekanikal ke-72, sebuah unit yang terkenal dengan penentangannya, sudah meninggalkan bandar itu lewat Selasa lalu.

Presiden, Vladimir Putin berkata, matlamat taktikal utama Russia adalah untuk menawan seluruh wilayah Donbas, Donetsk dan Luhansk di tenggara Ukraine.

Russia menguasai kira-kira 80 peratus Donbas, hab industri berat yang menjadi lokasi konflik bermula pada 2014 apabila Moscow menyokong pasukan pemisah pro-Russia selepas presiden pro-Russia digulingkan di Kyiv dan Moscow merampas Crimea dari Ukraine.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN