TEBING BARAT: Pakar senjata yang menganalisis video-video yang disahkan dalam media sosial mendapati Iran menggunakan Peluru Berpandu Balistik Shahab-3 dalam serangan terkini terhadap Israel.
Menurut bekas Juruteknik Bahan Letupan Kanan Tentera Amerika Syarikat, Trevor Ball, serpihan yang dijumpai konsisten dengan varian Shahab-3 seperti Emad atau Ghadr, berdasarkan imej dan video serangan tersebut.
Dalam satu video, serpihan roket yang memaparkan tanda pelancar Emad dilihat jelas, kata Ball.
Model lain seperti Kheibar Shekan atau Fattah juga dipercayai telah digunakan, tambahnya.
Shahab-3 merupakan asas bagi semua peluru berpandu balistik jarak sederhana Iran yang menggunakan bahan bakar cecair, menurut Patrick Senft, penyelaras penyelidikan di Armament Research Services (ARES).
“Ia mungkin berdasarkan peluru berpandu Korea Utara yang juga dipercayai berasal daripada peluru berpandu Scud yang direka oleh Soviet. Shahab-3 merupakan peluru berpandu balistik Iran yang pertama mampu menjejak hingga ke Israel,” katanya.
Sisa-sisa peluru berpandu balistik Iran, termasuk bahagian panduan dan kepala peledak, kelihatan dalam imej dan video yang di lokasi serangan roket berhampiran Sekolah Shalhavot Chabad di Gedera, Israel.
Bagaimanapun, agak sukar untuk mengenal pasti model yang tepat kerana kekurangan rujukan imej, kata Ball.
Berkenaan dakwaan Iran menggunakan peluru berpandu hipersonik Fattah 1 buat kali pertama dalam serangan terhadap Israel, pakar senjata agar ragu-ragu.
Ini kerana, meskipun senjata tersebut merupakan antara peluru berpandu balistik terbaru Iran, namun ia sangat berisiko besar jika menggunakannya. – AGENSI











