Bekas menteri pertahanan dijangka calon utama Kabinet Ishiba

Bekas menteri pertahanan dijangka calon utama Kabinet Ishiba

TAKESHI IWAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Bakal Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba dijangka melantik bekas Menteri Pertahanan, Takeshi Iwaya sebagai menteri luar untuk Kabinet baharu yang akan dibentuknya minggu ini.

Iwaya, merupakan ketua pertahanan dari 2018 hingga 2019, membantu Ishiba dalam strategi kemenangannya untuk mengetuai Parti Liberal Demokratik (LDP), lapor akhbar Asahi.

Ishiba, 67, berkata selepas memenangi pemilihan LDP pada Jumaat lepas, beliau merancang untuk membentuk pemerintahan pada Selasa, sebaik Dewan Perwakilan mengundi untuk memilih Perdana Menteri.

Menurut laporan media Jepun, beliau akan melantik bekas Ketua Setiausaha Kabinet, Katsunobu Kato sebagai Menteri Kewangan.

Dua individu yang mengetahui rapat mengenai perkara itu memberitahu Reuters, Ishiba akan mengekalkan Yoshimasa Hayashi sebagai ketua setiausaha kabinet, satu jawatan penting yang merangkumi peranan sebagai jurucakap utama kerajaan.

Ishiba enggan memperincikan rancangan Kabinetnya dalam temu bual disiarkan di televisyen hari ini, tetapi beliau bersedia untuk mempertimbangkan pilihan raya mengejut dalam masa terdekat.

Beliau berkata, dasar monetari Jepun mesti kekal akomodatif sebagai trend, menandakan keperluan untuk mengekalkan kos pinjaman yang rendah bagi menyokong pemulihan ekonomi.

Tidak jelas sama ada Ishiba, yang sebelum ini lantang mengkritik pelonggaran monetari agresif Bank of Japan, mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati dengan kenyataannya itu.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×