Jutaan kanak-kanak berisiko rabun dekat menjelang 2050

Jutaan kanak-kanak berisiko rabun dekat menjelang 2050

PENYELIDIK meramalkan rabun dekat akan mempengaruhi lebih separuh remaja seluruh dunia.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Analisis global mendedahkan penglihatan kanak-kanak semakin merosot dengan satu daripada tiga individu kini mengalami rabun dekat atau tidak dapat melihat objek dari jauh dengan jelas.

Penyelidik percaya, sekatan akibat Covid-19 memberi impak negatif kepada penglihatan kanak-kanak kerana menghabiskan lebih banyak masa di hadapan skrin dan kurang beraktiviti di luar rumah.

Rabun dekat atau myopia, adalah isu kesihatan global yang semakin meningkat dan dijangka mempengaruhi jutaan kanak-kanak menjelang 2050, menurut kajian itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kadar tertinggi direkodkan di Asia, dengan 85 peratus kanak-kanak Jepun dan 73 peratus di Korea Selatan mengalami rabun dekat, manakala lebih 40 peratus turut terjejas di China serta Russia.

Paraguay dan Uganda, dengan kadar sekitar satu peratus mencatatkan tahap rabun dekat terendah, sementara United Kingdom (UK), Ireland dan Amerika Syarikat (AS) semua berada pada 15 peratus.

Kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Ophthalmology ini melibatkan penyelidikan yang meliputi lebih daripada lima juta kanak-kanak dan remaja dari 50 negara di enam benua.

Analisis data menunjukkan, rabun dekat meningkat tiga kali ganda kepada 36 peratus antara tahun 1990 dan 2023.

Penyelidik berkata, peningkatan tersebut semakin ketara selepas pandemik Covid-19.

Rabun dekat biasanya bermula di peringkat persekolahan dan cenderung bertambah teruk sehingga mata berhenti berkembang, pada usia kira-kira 20 tahun.

Menjelang tahun 2050, penyelidik meramalkan rabun dekat akan mempengaruhi lebih separuh remaja seluruh dunia dengan Asia dijangka merekodkan kadar tertinggi berbanding semua benua lain.– BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN