‘Utusan Malaysia sebati dengan saya’

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Kempen ‘selamatkan institusi negara’ terus mendapat sambutan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berikutan sentimen kuat terhadap akhbar bahasa Melayu pertama negara. Terbaharu, Persatuan Kanu Malaysia (Masca) tampil dengan membuat pembelian secara pukal sebanyak 5,000 naskhah bernilai RM10,000.