Tak mungkin jadi perang saudara di Indonesia

Demokrasi di Indonesia akan tetap maju ke hadapan, situasi ini hanya sementara dan tidak akan berlarutan sehingga memakan masa yang lama. Insya-Allah akan ada jalan keluar nanti, biar apa pun terjadi kami semua rakyat Indonesia yang mempunyai satu bendera dan tidak mungkin insiden ini boleh menyebabkan berlakunya perang saudara nanti. Bagi saya, biarkan pemimpin-pemimpin tertinggi kedua-dua pasukan termasuk KPU untuk menyelesaikannya dengan cepat.