Lupakan sengketa lalu - Najib

"Sesungguhnya, perpaduan ummah itu amat dekat di hati saya. Kalau kita boleh bersatu dalam pengertian sebenar perpaduan ummah, untuk kepentingan sejagat, mengapa tidak kita mulakannya sekarang di negara kita sendiri.

"Inilah kemuncak kepada kejayaan perjuangan yakni perpaduan ummah," kata Najib.

Najib berkata cukuplah sejarah mengajar bahawa umat Melayu Islam dan ummah telah berkali-kali lumpuh dan runtuh hanya kerana permusuhan dan pembelotan.

Justeru, katanya janganlah umat Melayu dan Islam diperkudakan pihak tertentu, yang boleh menyebabkan orang Melayu dan umat Islam hanya 'menang sorak kampung tergadai'. - UTUSAN ONLINE