Isuzu D-Max V-Cross Safari 3.0 lasak, lincah

Kebiasaannya pikap hanya digunakan oleh mereka yang menjalankan kerja-kerja 'kotor' di dalam hutan semata-mata, namun Isuzu telah mengubah konsep itu dengan mewujudkan pikap elegan bagi kegunaan semua peringkat umur.
Kehadiran Isuzu D-Max V-Cross Safari 3.0 memberikan ruang lebih menarik kepada pengemar kereta lasak dan juga kenderaan perlumbaan di mana kedua-dua elemen ini digabung menjadi satu.