Dunia nasyid di kacamata Farihin Fatah

KUALA LUMPUR - Berbicara tentang genre nasyid dalam industri muzik tanah air pada hari ini bukanlah satu topik yang komersial dan menarik perhatian ramai jika berbanding dengan bicara tentang genre-genre muzik lain seperti pop, balada dan hip hop (sekadar menyebut genre muzik).
Rata-rata penggiat irama nasyid, biarpun bukan kesemuanya, enggan berbicara secara terbuka apa tah lagi mengakui, di kalangan penggiat irama nasyid ini wujud persaingan, caras mencaras (istilah slanga hiburan) dan 'permasalahan' kerana mungkin mahu mempunyai ribuan pengikut dan peminat di laman sosial.
Sememangnya tidak salah untuk bersaing secara sihat asalkan ia dilakukan tanpa menimbulkan rasa terkilan di hati mana-mana pihak.
Bagi mengupas dunia nasyid kontemporari dalam industri hiburan di Malaysia, bekas pengurus kumpulan nasyid, Raihan, Farihin Fatah telah diundang bagi sesi Sembang Online di pejabat Utusan Online baru-baru ini.
Apa kata kita layari, tontoni dan ikuti video temu bual bersama Farihin yang dimuat naik. - UTUSAN ONLINE