Doa buat Seniman Datuk Mustapha Maarof

KUALA LUMPUR - Pagi 25 November merubah segala-galanya bagi kehidupan aktor filem Melayu, Seniman Datuk Mustapha Maarof, 79.

Perubahan itu turut dirasai oleh tiga orang anak-anaknya, Suzlynna, 50, Azlynna, 46 dan Mohd. Rezainudden, 38 serta tujuh orang cucu-cucunya.

Mustapha disahkan doktor menghidap masalah paru-paru yang secara saintifiknya dipanggil massive phumonea.

Hari ini suami aktres allahyarham Datin Roseyatimah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Wangsa Maju.

Ikuti temu bual video bersama anak bongsu beliau dan Presiden Persatuan Gafim, Jurey aRosly dan Presiden Seniman, Zed Zaidi yang menziarah Mustapha di hospital. - UTUSAN ONLINE