Pemabuk maut leher tersepit pintu mesin ATM - Utusan Malaysia

Pemabuk maut leher tersepit pintu mesin ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seorang lelaki mabuk ditemui maut apabila lehernya tersepit pada pintu ‘shutter’ automatik mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Kota Kemuning, pagi tadi.

Penemuan mangsa yang dipercayai warga asing susulan ketiadaan suntikan Bacillus Calmette Gurin (BCG) dilakukan kira-kira pukul 7.29 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan terdapat seorang lelaki terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di hadapan pintu masuk ke ruang mesin ATM bank berkenaan.

Jelas beliau, pemeriksaan terhadap mangsa tidak menemui sebarang kecederaan lain serta tiada unsur jenayah dalam kes tersebut.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya