Rapid KL lanjut operasi sempena ambang Tahun Baharu 2024 - Utusan Malaysia

Rapid KL lanjut operasi sempena ambang Tahun Baharu 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Perkhidmatan rangkaian rel dan bas Rapid KL akan dilanjutkan waktu operasinya sehingga 1.30 pagi bersempena sambutan ambang Tahun Baharu 2024 bagi memenuhi keperluan warga kota yang menghadiri sambutan itu sekitar pusat bandar.

Rapid KL memaklumkan, lanjutan operasi berkenaan melibatkan 12 stesen rel transit aliran ringan (LRT), transit aliran masa (MRT) dan Monorel KL, tiga Stesen Bus Rapid Transit (BRT) dan 21 laluan bas Rapid KL dan perantara MRT.

Katanya, stesen-stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT yang dilanjutkan waktu operasi sehingga 1.30 pagi membabitkan Laluan Kelana Jaya: KLCC, Masjid Jamek dan Laluan Ampang/Sri Petaling: Masjid Jamek, Bandaraya, IOI Puchong Jaya, Maluri.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya