Polis siasat kes katering majlis kahwin ‘hilang’ | 15 Minit Terkini 26 Disember 2023 - Utusan Malaysia

Polis siasat kes katering majlis kahwin ‘hilang’ | 15 Minit Terkini 26 Disember 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Polis menyiasat kes tular membabitkan pengantin rugi lebih RM13,000 termasuk mendapatkan maklumat lengkap pemilik katering yang didakwa menipu sebuah keluarga daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengadu iaitu wanita berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pembantu tadbir kira-kira pukul 12.03 tengah malam iaitu sebelum majlis perkahwinan berlangsung, kelmarin.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati pengadu telah terpedaya dalam urusan pakej perkahwinan dalam laman media sosial Facebook pada 3 April lalu dan mengalami kerugian berjumlah RM13,200.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya