Runtuhan tapak pembinaan: MBPP keluar notis henti kerja serta-merta - Utusan Malaysia

Runtuhan tapak pembinaan: MBPP keluar notis henti kerja serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengeluarkan notis henti kerja serta-merta bagi projek pembinaan gudang yang terlibat dengan kejadian runtuhan di Batu Maung, Bayan Lepas, semalam.

Datuk Bandar MBPP, Datuk Ir. A. Rajendran berkata, perintah berhenti kerja itu dikeluarkan awal pagi tadi kepada pihak pemaju dan jurutera projek berkenaan.

Setakat pukul 6 pagi tadi, empat mangsa dilaporkan dikhuatiri masih tertimbus dalam runtuhan tapak binaan itu yang berlaku semalam, tiga disahkan maut manakala dua yang cedera parah sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz berkata, beliau dimaklumkan kerja-kerja mencari dan menyelamat dijangka mengambil masa selama dua jam lagi.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya