Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas lapan jam berada dalam kenderaan di Ara Damansara, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 3.40 petang menyatakan mangsa tidak sedarkan diri di rumah di Ara Damansara.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menurutnya, hasil siasatan mendapati, ibu mangsa berusia 30-an menghantar dua anaknya ke sekolah berhampiran dan seterusnya ke tadika berdekatan untuk menghantar mangsa pada pukul 7 pagi.





