Dua lelaki Rohingya disyaki rogol remaja - Utusan Malaysia

Dua lelaki Rohingya disyaki rogol remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dipercayai dirogol bergilir-gilir oleh dua lelaki warga Rohingya yang baru dikenalinya di Klebang, minggu lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 15 September lalu yang dibuat abang mangsa di Balai Polis Batang Tiga.

Kata beliau, siasatan mendapati mangsa yang masih bersekolah keluar dari rumahnya pada 14 September kira-kira pukul 2 petang untuk bersiar-siar bersama seorang lelaki Rohingya berusia 14 tahun yang baru dikenalinya.

Suspek pertama membawa mangsa menaiki motosikal pada pukul 4 petang dan mereka kemudian bertemu seorang lagi lelaki Rohingya yang juga suspek kedua di sebuah restoran di Klebang.

Menurut Zainol, bertindak atas laporan, polis mengesan dan menahan kedua-dua suspek pada hari sama dan direman tujuh hari sehingga 21 September ini untuk siasatan lanjut.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya