Panda Cyber sasar tiga terbaik saingan ACL 2022 - Utusan Malaysia

Panda Cyber sasar tiga terbaik saingan ACL 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Panda Cyber (PBSPC) meletakkan sasaran untuk tampil sebagai pasukan tiga terbaik dalam saingan Amateur Cyber League (ACL) tahun ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua jurulatihnya, Md. Nor Zalizan Mahamad atau lebih dikenali sebagai Apex memberitahu, sasaran itu dinilai berdasarkan kepada prestasi semasa skuad kendaliannya yang mempamerkan aksi memberangsangkan.

“Pada mulanya untuk pasukan kami yang baru ini kami letakkan dalam lingkungan lima terbaik, tapi selepas empat perlawanan setakat ini, kami mendapati peningkatan demi peningkatan dan keputusan yang baik.

“Jadi kita lihat peluang lebih cerah untuk letakkan skuad ini di kedudukan tiga terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran jersi dan Kelab Bola Sepak Panda Cyber di ibu negara malam tadi.

Majlis berkenaan menyaksikan pelancaran dua jenis jersi iaitu ‘home’ yang ditaja khas oleh Warung Hanna dan jersi ‘away’ yang ditaja oleh syarikat catering bumiputera Cobek-Cobek.

ACL 2022 menampilkan saingan daripada lapan pasukan yang melibatkan 14 perlawanan secara keseluruhannya.

Selepas menempuh empat perlawanan, Panda Cyber yang ditunjangi barisan rider Foodpanda berjaya mencipta dua kemenangan, dua seri sekali gus meletakkan kumpulan mereka di kedudukan kedua terbaik liga.

Ditanya berkaitan idea penubuhan pasukan pada awal November 2021, Pengasas Panda Cyber memberitahu, idea berkenaan lahir secara spontan selepas menerima cadangan daripada rakan penghantar makanan Foodpanda di Cyberjaya untuk mengadakan aktiviti bola sepak pada setiap hujung minggu.

“Kami bermula dengan menubuhkan kumpulan dalam aplikasi Whatsapp untuk mengumpul para pemain dan kami mendapati sambutan daripada rakan penghantar amat menggalakkan.

“Selepas beberapa siri perlawanan persahabatan, cadangan untuk membina sebuah pasukan yang mantap disuarakan oleh para pemain sendiri dan akhirnya tertubuh pasukan Panda Cyber,” tambahnya lagi. – Utusan

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya