1,038 murid catat rekod penyertaan terbesar tai chi Malaysia Book of Record

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Sebanyak 1,038 orang berjaya mencatat sebagai jumlah paling ramai bagi acara tai chi kategori murid sekolah rendah untuk Malaysia Book of Record (MBR).

Murid-murid dari 17 buah sekolah di kawasan Selangor termasuk dua rumah anak yatim Jalinan Kasih serta Tengku Badriah Cheras terlibat di dalam program

Ini merupakan kali pertama bagi acara tai chi kategori murid berjaya mencatat rekod di MBR, manakala acara tai chi terbuka yang dianjurkan pada tahun 2016 berjaya mengumpul seramai 1,903 orang dari seluruh negara.

Naib Presiden Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia (YBKMM), Datin Amy Teo berkata, tai chi merupakan satu senaman yang boleh membantu membawa kesejahteraan kesihatan dalam kalangan masyarakat.