KUALA LUMPUR: Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan dibantu Angkatan Tentera Malaysia telah mula melakukan sekatan jalan raya di laluan-laluan utama di sekitar ibu negara Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa pukuil 12.01 tengah malam 14 Okt hingga 27 Okt ini bagi mencegah penularan wabak COVID-19.
Pergerakan keluar masuk, merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.



