GARIS arah utama atau Leading Lines adalah garis yang muncul dalam gambar yang dibingkai dan diposisi oleh juru foto untuk menarik perhatian ke tempat titik tertentu dalam gambar.
Terdapat pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan pada gambar. Antaranya ialah garisan mendatar, garisan menegak, garisan berpenjuru, garisan bersilang dan beberapa lagi.

Garis-garis yang mata kita ikuti pada suatu komposisi disebut garis utama. Ia menjadi elemen yang berguna untuk membuat aliran visual atau untuk menekankan titik fokus. Ini seterusnya membantu menarik perhatian ke gambar dan memusatkan perhatian pada subjek utama.
Melalui komposisi ini, gambar yang dihasilkan akan mengarahkan pandangan untuk meneroka keseluruhan pemandangan. Ini menjadikan visual kedalaman dan rasa perspektif sekali gus menjadikan pemandangan terasa lebih ‘nyata’ dengan tiga dimensi.

Penghasilan gambar melalui subjek yang mempunyai elemen garisan ini sangat menarik terutama dalam memberikan pandangan abstrak selain meningkatkan kesan dan daya tarikan visual dengan serta-merta.