Krisis bekalan air di Selangor - Utusan Malaysia

Krisis bekalan air di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih tiga juta pengguna di Kuala Lumpur dan lima daerah di Selangor berhadapan masalah gangguan bekalan air berjadual berikutan penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1). Lima daerah di Selangor yang terjejas ialah Petaling, Klang, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Bagaimanapun mulai hari ini bekalan kembali puliH secara berperingkat. Namun, para penduduk melakukan pelbagai usaha untuk mendapat air.

Penduduk menggunakan apa sahaja bekas yang ada untuk menadah air dari pili awam yang telah disediakan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ketika tinjauan di Keramat AU3 pada 14 Oktober. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Penduduk sekitar kawasan Keramat menadah air dari pili awam yang telah disediakan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ekoran gangguan bekalan air berjadual di 998 kawasan berikutan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) ketika tinjauan di Keramat AU3 pada 14 Oktober. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Penduduk sekitar kawasan Keramat mendapatkan bekalan air bersih bagi kegunaan harian dari pili awam yang telah disediakan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ekoran gangguan bekalan air berjadual di 998 kawasan berikutan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) ketika tinjauan di Keramat AU3 pada 14 Oktober. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO / GAMBAR SAHAJA