Hamzah kembali galas tugas Ketua Pembangkang

Hamzah kembali galas tugas Ketua Pembangkang

HAMZAH Zainudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin secara rasmi kembali sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat berkuat kuasa 18 Jun.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, keputusan berhubung status Ketua Pembangkang itu dibuat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 4A (3) selepas mengambil kira beberapa perkembangan sejak Mesyuarat Pertama lalu serta pemakluman yang diterimanya.

Johari berkata, Hamzah merupakan Ketua Pembangkang sehingga 20 Mei 2026 sebelum jawatan itu diambil alih oleh Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mulai 21 Mei hingga 10 Jun 2026.

“Berdasarkan pemakluman yang telah saya pertimbangkan, saya memutuskan bahawa Yang Berhormat Larut mulai 18 Jun 2026 telah kembali menjadi Ketua Pembangkang.

“Saya mengucapkan penghargaan kepada Yang Berhormat Kemaman atas khidmat sebagai Ketua Pembangkang dalam tempoh tersebut dan mengalu-alukan Yang Berhormat Larut untuk kembali berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang,” katanya.

Johari berkata demikian ketika pemasyhuran Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN