PETALING: Dua bekas menteri, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengambil alih Parti Bersama Malaysia (PBM) untuk menjadi kuasa ketiga dalam arena politik negara.
Parti itu difahamkan ditubuhkan pada 2016 oleh Tan Gin Theam di Pulau Pinang.
Penyerahan replika sijil Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) itu disambut tepukan gemuruh oleh penyokong bekas Timbalan Presiden dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Sebelum ini, Mohd. Rafizi dan Nik Nazmi melepaskan jawatan Kabinet selepas tewas dalam Pemilihan Pusat PKR 2025.
Selepas itu, kedua-dua mereka terutama Mohd. Rafizi kerap mengeluarkan kritikan terhadap Kerajaan Madani dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – UTUSAN










