TRW kembali ‘bernyawa’?

TRW kembali ‘bernyawa’?

ANTARA barisan pemain Kelantan FC untuk musim 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan Kelantan FC sudah menghantar dokumen berkaitan pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan terbabit kepada pihaknya, semalam.

Menurut kenyataan media MFL, dokumen berkenaan akan diteliti dan disemak terlebih dahulu oleh badan bebas pelesenan kelab Liga Malaysia, First Instance Body (FIB)  sebelum sebarang keputusan dibuat.

Jelas MFL, pihaknya juga akan mendapatkan pengesahan daripada Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) sebelum keputusan rasmi berkenaan pemberian Lesen Kebangsaan kepada skuad The Red Warriors (TRW) diumumkan.

“MFL mengesahkan Unit Pelesenan Kelab MFL menerima dokumen berkenaan pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai Kelantan FC semalam.

“Bagaimanapun segala dokumen berkenaan pembayaran babitkan 30 pemain dan pegawai Kelantan FC itu kini dalam proses semakan oleh FIB.

“Pengesahan pembayaran perlu dilakukan oleh FIB dengan semua pihak yang terbabit termasuk merujuk perkara itu dengan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).

“Pengesahan pembayaran perlu dilakukan oleh FIB dengan semua pihak yang terbabit termasuk merujuk perkara itu dengan PFAM sebelum membuat pengumuman dalam masa terdekat mengenai status permohonan Lesen Kebangsaan Kelantan FC bagi saingan Liga Super 2024-2025,” kata MFL dalam kenyataan tersebut.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya