Piala Dunia Hoki Remaja 2023: Malaysia benam Mesir 4-1 - Utusan Malaysia

Piala Dunia Hoki Remaja 2023: Malaysia benam Mesir 4-1

SKUAD Young Tigers meraikan jaringan dalam aksi menentang Mesir dalam Piala Dunia Hoki Remaja 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Skuad hoki remaja negara berjaya menumpaskan Mesir 4-1 untuk meneruskan misi menebus maruah bagi meraih kedudukan terbaik dalam klasifikasi kedudukan kesembilan hingga ke-16 Piala Dunia Hoki Remaja 2023.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi, skuad bimbingan Muhamad Amin Rahim berjaya menjaringkan dua gol pada setiap babak, manakala kala Mesir mendapat gol saguhati pada minit-minit terakhir perlawanan.

Skuad Young Tigers membuka tirai jaringan pada minit ke-8 menerusi jaringan padang Hariis Osman sebelum Faris Harizan menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-16 selepas dia menyudahkan pukulan sudut penalti.

Bersambung babak kedua, Malaysia mendapat dua tambahanjaringan menerusi pukulan sudut penalti yang disudahkan oleh Mohamammad Danish Aiman pada minit ke-44 dan Che Nur Aqilrullah Che Mohd Khairulzi Anwar (m-50)

Bagaimanapun, kelalaian benteng pertahanan Young Tigers pada babak-babak akhir perlawanan menyaksikan Mesir berjaya mendapatkan gol saguhati menerusi jaringan padang Abdelmonem Basel pada minit ke-59.

Biarpun berjaya mencatatkan kemenangan, ada sesuatu yang membimbangkan apabila melihat kepada aksi Young Tigers kerana mereka hanya menjaringkan tiga gol biarpun dihadiahkan 16 pukulan sudut penalti.

Kemenangan itu menyaksikan, anak-anak buah Amin akan beraksi untuk perlawanan klasifikasi kesembilan hingga ke-12 dengan Malaysia akan bertemu pemenang antara Belgium atau Kanada pada Rabu ini.-UTUSAN

 

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.