PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun terkandas di separuh akhir, selepas tunduk kepada pasangan No. 1 dunia, Kim Won Ho-Seo Seung Jae pada Kejohanan Badminton Terbuka Korea di Yeosu, Korea Selatan, hari ini.
Gandingan No. 9 dunia itu tewas straight set di tangan wakil tuan rumah tersebut 17-21, 17-21 dalam masa 39 minit.
Kegagalan itu menyaksikan Wei Chong-Kai Wun mengalami kekalahan ketujuh berturut-turut kepada Won Ho-Seung Jae tanpa sebarang kemenangan.
Selepas ini, beregu lelaki No. 3 Malaysia itu perlu mengalihkan fokus kepada Jepun Masters pula yang membuka tirai kejuaraan minggu depan.
Wei Chong-Kai Wun baru sahaja dipasangkan semula, bulan lepas, selepas dipecah ganding sejak Julai lalu.
Pencapaian terbaru beregu itu sejak digandingkan semula adalah muncul juara pada Terbuka Perancis di Paris. – UTUSAN











