Siasatan Felda: Bekas Pengarah Besar badan berkanun ditahan SPRM berkait penjualan tanah - Utusan Malaysia

Siasatan Felda: Bekas Pengarah Besar badan berkanun ditahan SPRM berkait penjualan tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Dua individu termasuk seorang bekas Pengarah Besar sebuah badan berkanun bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pelantikan syarikat pemaju bagi sebuah projek di Kuala Lumpur.

Kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 60-an dan 50-an itu ditahan kira-kira pukul 4 petang tadi ketika diminta hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Kedua-dua individu tersebut turut disyaki terlibat dalam urusan penjualan tanah milik badan berkanun itu kepada sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan dengan syarikat pemaju.

Urusan penjualan tanah berkenaan dipercayai dilakukan tanpa pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah dan anak syarikat badan berkanun terbabit.

Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi mendapatkan perintah reman.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×