Remaja dibelasah kerana enggan sertai kongsi gelap

Remaja dibelasah kerana enggan sertai kongsi gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun cedera selepas dibelasah sekumpulan remaja lelaki di sebuah kondominium di Bukit Jalil, di sini, Rabu lalu.

Kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa enggan menyertai kumpulan kongsi gelap berkenaan.

Perkara itu terbongkar selepas mangsa dibawa oleh teman wanitanya ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), untuk menerima rawatan.

Menurut sumber, mangsa didatangi lima remaja lain berusia antara 16 hingga 20 tahun sebelum diajak menyertai kumpulan kongsi gelap terbabit.

“Bagaimanapun, mangsa enggan menyertai kumpulan itu menyebabkan dia diserang dan dipukul suspek,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang cedera kemudian dihantar ke hospital oleh teman wanitanya.

“Polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu kemudian mengesan suspek sebelum menahan kelima-lima mereka di sekitar Cheras.

“Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurut sumber, terdapat antara suspek yang difahamkan mempunyai rekod jenayah lampau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×