City pecah rekod belanja RM2.44 bilion

City pecah rekod belanja RM2.44 bilion

ENZO Fernandez menjadi pembelian terbaharu Manchester City bagi memperkuatkan pasukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris-IHSAN FB MANCHESTER CITY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester City berbelanja sakan pada pintu perpindahan musim ini bagi mengembalikan semula maruah kelab berkenaan dibawah kendalian Enzo Maresca.

Pemergian Pep Guardiola selepas sedekad mencipta gemilang sebagai pengendali City mencetuskan rombakan besar-besaran oleh penggantinya, Maresca.

Maresca memecahkan rekod EPL bagi perbelanjaan dalam satu jendela perpindahan apabila membelanjakan 458 juta pound (RM2.44 bilion) untuk mendapatkan beberapa pemain baharu.

City gagal memenangi kejuaraan dalam dua musim terakhir dan dengan Rodri, John Stones, Bernardo Silva, Savio serta Tijjani Reijnders antara pemain yang meninggalkan kelab itu.

Pemilik dari Abu Dhabi bertindak menggunakan kekuatan kewangan mereka dalam usaha mengembalikan semula City sebagai kuasa utama bola sepak England.

Pemain tengah Argentina, Enzo Fernandez dibawa masuk dari Chelsea dengan nilai 125 juta pound (RM666.8 juta), menyamai rekod yuran perpindahan yang dibayar kelab Britain, manakala pemain tengah Nottingham Forest, Elliot Anderson menyertai City dengan nilai 116 juta pound (RM618.8 juta).

Pemain sayap Everton, Iliman Ndiaye pula ditandatangani dengan nilai 65 juta pound (RM346.7 juta), manakala remaja Maghribi milik Lille, Ayyoub Bouaddi menelan belanja 85 juta pound (RM453.4 juta).

Chelsea mungkin kehilangan Fernandez, namun pengendali baharu Xabi Alonso tetap membelanjakan 349 juta pound (RM1.86 bilion) untuk memperkuatkan semula skuad yang menduduki tangga ke-10 musim lalu.

Pemain tengah England, Morgan Rogers menyertai Chelsea dari Aston Villa dengan nilai 117 juta pound (RM624.1 juta), manakala Maxence Lacroix, Emiliano Martinez, Danny Welbeck dan Jordan Henderson antara pemain berpengalaman dalam EPL yang turut dibawa masuk.

Sudah menjadi pilihan utama rumah pertaruhan untuk menjulang trofi EPL, Arsenal berharap mendapatkan penyerang berprofil tinggi dalam usaha memburu gelaran EPL berturut-turut buat kali pertama sejak 1930-an.

Minat terhadap pemain sayap Brazil Real Madrid, Vinicius Junior dan penyerang Atletico Madrid, Julian Alvarez akhirnya tidak membawa kepada sebarang perjanjian.

Namun, pengendali The Gunners, Mikel Arteta tidak mempunyai banyak sebab untuk bimbang selepas memperkuatkan skuad dengan Bruno Guimaraes, Ezri Konsa dan Christos Tzolis.

The Gunners membuktikan kemampuan pada awal musim apabila membuka kempen mempertahankan gelaran dengan dua kemenangan berturut-turut.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×