Wanita rugi RM245,403 terpedaya sindiket pelaburan tidak wujud - Utusan Malaysia

Wanita rugi RM245,403 terpedaya sindiket pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Seorang wanita tempatan berusia 56 tahun mengalami kerugian mencecah RM245,403 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd. Talib berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut, semalam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa telah melakukan sebanyak 18 transaksi pemindahan wang secara berperingkat ke dalam tiga akaun bank berbeza yang disyaki sebagai akaun keldai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa terdorong untuk melabur dalam skim berkenaan selepas dijanjikan pulangan keuntungan yang lumayan dalam tempoh masa yang singkat berserta jaminan modal yang tinggi.

“Kes tersebut kini disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu yang memperuntukkan hukuman berat. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun serta sebatan dan denda,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Roslan, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpercaya dengan sebarang tawaran skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan mudah dalam tempoh singkat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini